Artikel

Al-Ikhsan Taja AFL Sejuta, Diangkat Sebagai ‘Title Sponsor’ Liga M4

Peruncit pakaian sukan tempatan, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd memberikan penajaan bernilai RM1 juta semusim secara keseluruhan kepada pengendali saingan liga amatur negara, Amateur Football League (AFL).

Hasil penajaan ini menyaksikan Al-Ikhsan diangkat sebagai “title sponsor” atau penaja nama bagi saingan bola sepak divisyen keempat tanah air, Liga M4 sekaligus menjenamakannya kepada AL-IKHSAN CUP bermula musim hadapan.

Untuk makluman semua, saingan ini akan disertai oleh pasukan yang tersingkir daripada Liga M3 (divisyen ketiga) serta pasukan yang mendapat promosi daripada saingan Liga M5 (divisyen kelima) pada tahun ini.

Dimaklumkan AL-IKHSAN CUP ini akan bermula pada Mei 2023 kelak.

Pada masa yang sama, penajaan ini akan turut menyaksikan 10 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3 2023 akan menerima set lengkap tajaan jersi serta lain-lain barangan sukan oleh Al-Ikhsan.

10 pasukan terbabit ialah PIB Shah Alam FC, Kuala Lumpur Rovers, Kuala Kangsar BRM FC, Harini Selangor FT, Armed Force FC, Perlis United FC, Bukit Tambun FC, Malaysia University, Naga Ultimate KS FC dan Sarawak United.

Jersi-jersi bagi pasukan di atas boleh didapati di cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic yang berdekatan atau di atas talian menerusi laman sesawang al-ikhsan.com dengan harga RM99 sehelai sahaja.

Featured Image: Amateur Football League

komen