Artikel

Terengganu Tandatangan Pemain Tengah & Penyerang Croatia – Kontrak Setahun

Naib juara Piala FA dan Liga Super 2022, Terengganu FC memperkemaskan lagi skuadnya untuk mengharungi saingan musim ini dengan mengikat dua lagi pemain import yang baharu.

Menerusi makluman daripada pihak kelab, kedua-dua pemain tersebut datangnya dari negara rantau Balkan iaitu Croatia. Pemain yang dimaksudkan itu ialah Domagoj Pusic dan Ivan Mamut yang merupakan pemain tengah dan penyerang masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, Pusic yang berusia 31 tahun merupakan bekas pemain Bijelo Brdo yang beraksi dalam kancah kedua bola sepak Croatia. Pusic diberikan jersi bernombor 8 untuk dipakainya beraksi bersama Terengganu.

Sementara itu, Ivan, 25 tahun, pula merupakan bekas pemain FCSB yang bertanding dalam liga tertinggi bola sepak Romania. Sebelum itu, karier Ivan lebih banyak bertumpu di negara kelahirannya.

Difahamkan, penyerang yang mempunyai ketinggian 1.92 meter (m) diberikan jersi bernombor 7 dan akan menjadi taruhan utama di posisi serangan serta gandingan utama kepada penyerang Thailand, Adisak Kraisorn di bahagian serangan buat skuad yang bakal mendapat bimbingan Tomislav Steinbruckner kelak.

Dimaklumkan, kedua-dua pemain ini menandatangani kontrak selama setahun bersama Terengganu.

Featured Image: Terengganu FC

komen