Endrick Dos Santos Sertai JDT, Bakal Jadi Rakyat Malaysia – TMJ
January 5, 2023 Hafizuddin Omar

Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kemasukan seorang lagi pemain baharunya iaitu Endrick dos Santos yang merupakan kelahiran Brazil.

Pemain tengah berusia 27 tahun ini tidak asing dalam kancah bola sepak tanah air. Sebelum ini, Endrick beraksi selama tiga musim bersama Penang FC serta Selangor FC dan Felcra FC selama satu musim masing-masing.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Kemasukan Endrick ke skuad Harimau Selatan diumumkan secara rasmi menerusi video yang membawa pemain tersebut menaiki limosin dan memasuki Stadium Sultan Ibrahim berdurasi 35 saat di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Pada masa yang sama, pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran video terbabit mendedahkan Endrick akan mendapat kerakyatan dan menjadi rakyat Malaysia.

Untuk makluman, Endrick yang beraksi di Malaysia sejak tahun 2018 telah mencukupi syarat yang ditetapkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaturalisasikannya.

Selain itu, TMJ turut mendedahkan juara Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut itu akan mendatangkan tiga lagi pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Featured Image: Penang FC & HRH Crown Prince of Johor

Komen