Pasukan yang berpangkalan di ibu kota merangkap finalis Piala AFC musim lalu, Kuala Lumpur City FC (KL City) menjadi destinasi buat Tchetche Kipre untuk meneruskan kariernya buat tahun ketujuh dalam saingan Liga Malaysia.
Penyertaan penyerang berasal dari Ivory Coast yang berusia 35 tahun itu bersama KL City hadir apabila pasukan berkenaan mengumumkannya secara rasmi menerusi satu video berdurasi 46 di pelbagai platform laman sosialnya, semalam.
Bagaimanapun, skuad bimbingan Bojan Hodak itu tidak mendedahkan kepada umum sebarang perincian mengenai kontrak Kipre dalam pengumuman terbabit.
He does not need any introduction — oozing ✨elegance✨
Welcome to the Capital, Tchetche Kipre! 🔴⚪️
City Boys and Gals, are you ready for his action? 🤩#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/zTzlOCAABZ
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 5, 2023
KL City menyambar khidmat Tchetche selepas kelabnya sebelum ini, Terengganu FC bertindak tidak mengekalkan khidmatnya untuk digunakan pada saingan tahun ini biarpun muncul antara peledak terbaik dalam saingan Liga Super musim lalu dengan rekod 13 gol.
Jumlah jaringan itu setaraf dengan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dan Kedah Darul Aman FC, Ronald Ngah Wanja. Selain itu, Kipre turut menjaringkan 3 gol dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia masing-masing.
Untuk makluman semua, Kipre mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada pertengahan musim 2017 dengan menyertai Terengganu. Selepas dua musim dan setengah bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu, Kipre berhijrah ke utara semenanjung tanah air dengan menyertai Kedah Darul Aman pada tahun 2020 dan 2021.
Kemudiannya, Kipre kembali beraksi semula bersama Terengganu pada tahun 2022.
Featured Image: Terengganu FC