Penyerang Spurs, Harry Kane Dilantik Duta AIA
January 6, 2023 Hafizuddin Omar

Kumpulan insurans hayat pan-asia, AIA Group Limited atau dikenali sebagai AIA melantik penyerang Tottenham Hotspur dan kapten skuad kebangsaan England, Harry Kane sebagai Duta AIA.

Perlantikan Kane sebagai dutanya hasil daripada kerjasama AIA dengan penyerang itu melalui kelabnya yang terkenal dengan julukan Spurs selama 10 tahun.

AIA dan Harry berkongsi matlamat yang sama untuk menangani kesihatan mental dan daya tahan. AIA akan bekerjasama dengan Yayasan Harry Kane (HKF) untuk memperjuangkan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan mental melalui perkongsian tersebut.

Kempen ini akan dimulakan dengan sebuah animasi yang dihasilkan sendiri oleh Harry bertajuk Harry Kane: Resilience yang bertujuan mempromosikan kepentingan pemikiran positif, kepercayaan diri serta mendapatkan sokongan daripada orang lain.

Sebagai rekod, AIA merupakan Rakan Kongsi Utama Global Tottenham Hotspur sejak 2013.

Kerjasama atau perkongsian itu telah menjadi sebuah platform bagi mengukuhkan lagi penglibatan dengan komuniti AIA di seluruh rantau Asia. Di samping itu, klinik-klinik bola sepak popularnya juga telah memberi manfaat kepada 80,000 kanak-kanak.

Komen