Al-Ikhsan Dapat Hak Jualan Eksklusif Jenama Messi Selama 3 Tahun
January 6, 2023 Hafizuddin Omar

Pelbagai pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi (bukan sukan) kini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan, Football Republic dan melalui laman sesawangnya bermula hari ini.

Perkembangan ini hadir berikutan peruncit sukan pelbagai jenama #1 Malaysia, Al-Ikhsan Sports mendapat hak eksklusif untuk menjual koleksi pakaian fesyen kanak-kanak jenama milik pemenang Piala Dunia tersebut selama tiga tahun bermula Januari 2023.

Antara pakaian berjenama Messi yang akan dijual oleh Al-Ikhsan khusus untuk kanak-kanak berumur dua tahun hingga remaja adalah:

  • Kemeja-T
  • Baju polo
  • Seluar pendek
  • Pakaian dalam
  • Hoodie
  • Seluar trek

Selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk hoodie dan jaket.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Ikhsan Sports, Vach Pilluta menyatakan hasrat untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang agar kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya.

Komen