Artikel

Selangor Bercadang Ingin Wujud Geran Pendidikan Kepada Pemain Golf Remaja

Dalam melahirkan lebih ramai pelapis yang berpotensi untuk negara, kini kerajaan negeri Selangor bercadang wujudkan geran berjumlah RM100,000 seorang untuk mana-mana pemain muda anak Selangor yang ingin lanjutkan pengajian berkaitan glf du luar negara.

Dengan peruntukkan ini, ia akan membolehkan pemain remaja terus mengasah bakat dalam sukan tersebut.

Kerajaan negeri dijangka akan menetapkan kriteria tertentu dalam membolehkan pemain remaja terus menceburi bidang tersebut. Kita mungkin akan mendengar lanjut berkaitan hal ini dalam masa terdekat.

Perkongsian berkenaan perkara ini dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, pada acara Kejohanan Golf Antarabangsa Selangor 2023.

komen