Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin ‘Berpeluh’ Sebelum Melepasi Pusingan 32
January 10, 2023 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.2 tanah air, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin terpaksa berhempas pulas terlebih dahulu sebelum dapat melepasi Pusingan 32 di kejohanan Terbuka Malaysia 2023 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.

Lawan mereka iaitu beregu China yang menghuni ranking ke-27 dunia, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang berhasil memberikan tentangan sengit dengan mengheret Ee Yi-Yew Sin beraksi tiga set permainan sebelum dapat dapat merekodkan kemenangan. 

Pertarungan di sengit itu berlangsung di Gelanggang 1 itu berlanjutan melebihi satu jam permainan dan sebelum Ee Yi-Yew Sin yang berada di ranking ketujuh dunia menyudahkannya dengan skor 21-13, 20-22 dan 21-15.

Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Ee Yi-Yew Sin yang dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 akan berhadapan beregu lelaki No.2 Taiwan iaitu Lu Ching Yao dan Yang Po Han pada hari Khamis kelak.

Untuk makluman semua, pasangan Taiwan ini bukanlah lawan yang asing di pentas antarabangsa buat Ee Yi-Yew Sin dimana kedua-duanya pernah bertemu sebanyak empat kali. 

Berdasarkan rekod pertemuan tersebut, Ching Yao-Po Han bukanlah lawan yang mudah buat Ee Yi-Yew Sin memandangkan tiga daripada empat pertarungan berakhir dengan kekalahan.

Kekalahan terakhir dialami Ee Yi-Yew Sin adalah di kejohanan Terbuka Singapura yang berlangsung sekitar pertengahan Julai, tahun lalu.   

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen