Artikel

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei Cipta Kejutan Ke Atas Beregu No.1 Negara

Pasangan yang mula bergandingan sejak Disember tahun lalu, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memulakan kejohanan Terbuka Malaysia 2023 dengan mencipta kejutan menumpaskan beregu campuran No.1 tanah air.

Pasangan yang tumpas di tangan mereka itu ialah Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing merangkap semi-finalis kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022.

Perlawanan yang berlangsung di Gelanggang 3, Axiata Arena sebentar tadi menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan ke atas pasangan No.6 dunia itu dengan skor 21-15 dan 21-10 dalam tempoh 31 minit permainan.

Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.

Kemenangan yang digapai pada hari ini membolehkan mereka ke mara ke Pusingan 16. Menanti Tang Jie-Ee Wei di pusingan tersebut samada beregu Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu atau beregu senegara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen