Juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil bangkit daripada kekalahan pada set pertama ketika menentang beregu lelaki No.3 Taiwan untuk meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia 2023.
Ketika turun beraksi pada set pertama, Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking ketiga dunia pada ketika ini tumpas kepada Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan dengan skor 16-21.
Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik berhasil mendapatkan rentak pada set berikutnya dan dapat menutup permainan dengan skor 21-15 untuk mengheret pasangan Taiwan itu ke set penentuan.
PETRONAS Malaysia Open 2023
MD – R32
🇲🇾Aaron Chia🏅
16 21 21 🇲🇾Wooi Yik Soh🏅
Jhe-Huei Lee
21 15 16 Po-Hsuan Yang🕚 in 56 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2023
Aaron-Wooi Yik dapat meneruskan momentumnya pada set ketiga dan berhasil mencetak kemenangan dengan skor 21-16 sekaligus mengesahkan kemaraan mereka ke Pusingan 16.
Untuk rekod, pertembungan antara Aaron-Wooi Yik dan gandingan Lee-Yang itu mengambil masa hampir satu jam sebelum menemui pemenangnya.
Sebagai tambahan, ini merupakan kemenangan kedua dilakar Aaron-Wooi Yik ke atas lawan yang sama di pentas antarabangsa.
Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan beregu China iaitu Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!