Beregu lelaki bebas (independent) tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan membuat perhitungan dengan pasangan Indonesia yang menghuni ranking No.1 dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2023.
Yew Sin-Ee Yi yang berada di kedudukan ketujuh dunia pada ketika ini melakar kemaraan ke peringkat suku akhir selepas berhasil melepasi tentangan sengit daripada beregu No.3 Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han di Pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi terpaksa mengharungi tempoh satu jam dan 25 minit sebelum dapat menumpaskan gandingan terbabit menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-13 dan 21-14.
PETRONAS Malaysia Open 2023
MD – R16
🇲🇾ONG Yew Sin🏅
17 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅
LU Ching Yao
21 13 14 YANG Po Han🕚 in 85 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023
Sementara itu, Fajar-Rian juga tidak melangkah ke peringkat suku akhir dengan mudah.
Pemain berusia 27 dan 26 tahun masing-masing ini diberikan tentangan sengit oleh beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel.
PETRONAS Malaysia Open 2023
MD – R16
🇮🇩Fajar ALFIAN🏅
8 21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅
🇩🇪Mark LAMSFUSS
21 19 16 🇩🇪Marvin SEIDEL🕚 in 70 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023
Pertembungan melibatkan kedua-dua pasangan ini berlanjutan sehingga satu jam dan 10 minit sebelum ianya ditutup dengan kemenangan oleh Fajar-Alfian menerusi skor 8-21, 21-19 dan 21-16.
Bercakap mengenai pertarungan antara Yew Sin-Ee Yi dan Fajar-Rian, kedua-duanya baru sahaja bertembung sesama sendiri pada Disember alu dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dimana ianya dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi.
Bagaimanapun, rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa lebih memihak kepada Fajar-Rian.
Ini terbukti dengan Fajar-Rian melakar enam kemenangan daripada sembilan pertemuan secara keseluruhan sepanjang karier mereka.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia