Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong menjadi mangsa terbaru disingkirkan oleh pemain muda Jepun yang sedang meningkat naik, Kodai Naraoka di Terbuka Malaysia 2023.
Semalam, pemain berusia 21 tahun itu telah menyingkirkan jaguh badminton tanah air merangkap pemain No.2 dunia, Lee Zii Jia di Pusingan 32.
Hari ini, Kodai meneruskan konsistensinya dengan menumpaskan seorang lagi pemain tuan rumah iaitu Tze Yong menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-19 dan 21-15 dalam masa sekitar satu jam dan setengah permainan.
PETRONAS Malaysia Open 2023
MS – R16
15 21 21 🇯🇵Kodai NARAOKA🥇21 19 15 🇲🇾NG Tze Yong
🕚 in 92 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023
Kemenangan ini menjadikan Kodai telah merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas Tze Yong di pentas antarabangsa.
Sebagai rekod, Kodai sudah pernah berentap menetang Tze Yong sebanyak satu kali sebelum ini.
Pertembungan itu berlangsung di Kejuaraan Dunia Remaja BWF 2018 dimana ianya berpihak kepada Kodai dengan kemenangan secara “straight set” 21-19 dan 21-8.
Pada masa yang sama, kemenangan Kodai pada hari ini juga menjadikan tiada sebarang perseorangan Malaysia yang akan beraksi di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia edisi kali ini.
Untuk makluman, di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Kodai akan turun berentap menentang pemain berpengalaman India yang menduduki ranking kelapan dunia, Prannoy Haseena Sunil Kumar.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia