Artikel

Terbuka Malaysia: Perjalanan Tang Jie-Ee Wei Ditamatkan Beregu No.3 Dunia

Perjalanan gandingan campuran baharu, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Malaysia – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – berakhir setakat peringkat suku akhir. 

Beregu No.3 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Tearattanachai menjadi asbab kepada terhentinya perjalanan pasangan negara yang mula digandingkan sejak Disember lalu itu.

Dalam pertarungan terbabit, Tang Jie-Ee Wei tumpas kepada beregu yang terkenal dengan nama panggilan Bass-Popor itu secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 9-21 dalam tempoh 36 minit permainan.

Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei memulakan perjalanan di saingan Terbuka Malaysia ini dengan menumpaskan beregu senegara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sebelum menundukkan pasangan Indonesia, Rehan Naufal dan Lisa Ayu.

Sebagai tambahan, ini merupakan penampilan pertama mereka di pentas Terbuka Malaysia serta di kejohanan bertaraf Super 1000 sejak bergandingan bersama.

Untuk kejohanan seterusnya, Tang Jie-Ee Wei akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka India – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang akan bermula pada Selasa hadapan.

Sementara itu, Dechapol-Sapsiree yang melangkah ke peringkat separuh akhir akan bertemu beregu No.1 Jepun, Yuta Watanabe dan Arisan Higashino pada hari esok.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen