Bagi berkongsikan video-video eksklusif kepada para peminat dan pendukungnya, Terengganu FC tampil melancarkan sebuah platform servis penstriman tersendiri yang diberikan nama TFC Play.
Menurut kelab berpangkalan di pantai timur itu, para pelanggan servis ini akan disajikan dengan pelbagai video eksklusif seperti Dokumentari, Original Movie, Diari Pasukan, Konten Eksklusif bagi setiap perlawanan serta video-video lain yang dapat mendekatkan lagi peminat dan pendukung dengan pasukan.
Pihak Terengganu FC memberi anggaran sebanyak 95 video eksklusif akan dimuat naik bagi tempoh setahun untuk tatapan para pelanggan di TFC Play. Difahamkan, video-video ini tidak akan dipaparkan menerusi saluran media sosial atau platform video yang lain seperti Youtube.
Bagi peminat dan pendukung yang berminat untuk melanggan, terdapat dua pakej langganan yang ditetapkan. Pertamanya pakej langganan bulanan yang berharga RM7. Keduanya adalah pakej tahunan yang berharga RM60 dimana pelanggan akan menikmati penjimatan sebanyak RM24 berbanding melanggan pakej bulanan selama 12 bulan.
Sementara itu, bagi pemegang kad keahlian, TFC Membership, pihak kelab memberikan langganan istimewa selama 1 bulan untuk menonton kesemua video di TFC Play secara percuma.
🆓𝐏𝐄𝐌𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐅𝐂 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐂𝐀𝐑𝐃 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 𝟏 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐓𝐅𝐂 𝐏𝐋𝐀𝐘🆓
Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/OlKT0ggFbw…#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/OxksmCFRHY
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 15, 2023
Sebagai tambahan, pihak kelab memaklumkan antara tujuan utama penghasilan TFC Play adalah sebagai salah satu cabang penjanaan pendapatan untuk kelab.
Ianya selaras dengan langkahnya untuk terus bergerak ke arah penswastaan penuh dan boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan dari kerajaan negeri pada masa-masa akan datang.
Naib juara Piala FA dan Liga Super 2022 ini meletakkan sasaran langganan sebanyak 5000 pelanggan serta penjanaan pendapatan sebanyak RM300,000 menerusi TFC Play bagi musim 2023.
Featured Image: Terengganu FC
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!