Piala Asia Bola Sepak Pantai: Malaysia Diletakkan Dalam Balang 3
January 16, 2023 Hafizuddin Omar

Majlis undian bagi kejohanan Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023 yang akan berlangsung pada Khamis (19 Januari) kelak menyaksikan Malaysia merupakan salah satu daripada 16 negara yang bertanding diletakkan dalam Balang 3.

Balang itu turut diletakkan semi-finalis sebanyak dua kali iaitu China serta Kuwait dan Afghanistan yang menghuni ranking kesembilan hingga ke-12.

Menurut makluman pihak AFC, ranking itu ditentukan berdasarkan kepada kedudukan akhir pada kejohanan Piala Asia Bola Sepak Pantai 2019.

Sementara itu, Balang 1 terdiri daripada tuan rumah, Thailand serta juara, naib juara dan semi-finalis edisi 2019 iaitu Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

Manakala Balang 2 pula terdiri daripada pasukan yang menghuni ranking kelima hingga kelapan iaitu Palestin, Lubnan, Iran dan Bahrain.

Akhir sekali, mengisi Balang 4 ialah Kyrgyzstan, Indonesia, Arab Saudi dan Uzbekistan.

Untuk makluman semua, kejohanan yang akan berlangsung di Phuket ini turut berperanan sebagai kelayakan untuk ke Piala Dunia FIFA Bola Sepak Pantai 2023 yang berlangsung di UAE.

Komen