Malaysia berhasil merekodkan kemenangan sulung di kejohanan hoki Piala Dunia 2023 FIH selepas tumpas kepada Belanda pada perlawanan perlawanan pembukaan, Sabtu lalu.
Kemenangan itu hadir setelah skuad berjulukan Speedy Tigers mencipta kebangkitan selepas ketinggalan sebanyak dua kali di tangan pasukan yang menghuni ranking ke-23 dunia, Chile pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan C, petang tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Antarabangsa Mirsa Munda, Rourkela, India itu tadi, Chile yang membuat penampilan pertama di saingan Piala Dunia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Juan Amoroso pada suku pertama permainan sebelum Malaysia berhasil menyamakan kedudukan menerusi Razie Rahim pada suku kedua.
Bagaimanapun, sebelum tamat aksi suku kedua, Chile sekali lagi meletakkan pasukan mereka di hadapan menerusi Martin Rodiguez sekaligus menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1.
𝐅𝐮𝐥𝐥-𝐓𝐢𝐦𝐞: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟑-𝟐 𝐂𝐡𝐢𝐥𝐞
Malaysia complete the second-half turnaround by scoring twice in the third quarter to get the better of Chile and earn their first 3 points!
📱- Download the @watchdothockey app to follow all the updates. pic.twitter.com/nhnVXwsluU
— International Hockey Federation (@FIH_Hockey) January 16, 2023
Pada suku ketiga, skuad kendalian Arul Selvaraj berhasil menemui satu lagi jaringan sekaligus mengikat Chile dengan kedudukan 2-2. Jaringan itu disempurnakan oleh Mohamad Ashran Hamsani.
Sebelum tamat aksi suku ketiga, Malaysia berhasil menambahkan satu lagi gol melalui Norsyafiq Sumantri untuk menjadikan kedudukan semasa 3-2.
Memasuki suku keempat permainan, Malaysia berhasil mengawal permainan namun Chile yang tidak mudah mengalah terus mencari peluang untuk mencari jaringan penyamaan.
Sepanjang tempoh itu, Malaysia berhasil mempertahankan kedudukan tersebut sehingga tamat permainan sekaligus mengutip tiga mata pertama daripada kejohanan ini.
Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C, Malaysia akan berhadapan dengan pasukan yang berada di ranking kesembilan dunia, New Zealand pada 19 Januari (Khamis) kelak.
Featured Image: Hockey India