Artikel

Kejohanan Boling Tenpin Asia: Skuad Lelaki Negara Muncul Juara Selepas 15 Tahun

Pingat emas dalam acara lelaki lima berpasukan di Kejohanan Boling Tenpin Asia (ATBC) Ke-26 yang berlangsung di Hong Kong berjaya dirangkul oleh skuad lelaki Malaysia.

Skuad lelaki negara yang terdiri daripada Muhd Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan, Tun Hakim, Timmy Tan, Ahmad Muaz dan Syazirol Shamsudin mengesahkan kemenangan dengan bangkit melakukan 7,323 jatuhan pin pada blok kedua. 

Jumlah jatuhan pin itu membolehkan mereka mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Korea yang merekodkan 7,079 dan 7,044 jatuhan pin masing-masing. Kedua-dua UAE dan Korea membawa pulang pingat perak dan gangsa.

Terdahulu, skuad negara hanya mampu menduduki tempat ketiga pada blok pertama apabila mencatatkan 3,607 jatuhan pin sahaja.

Sebagai rekod, kejayaan meraih pingat emas dalam acara lelaki lima berpasukan ini menamatkan kemarau selama 15 tahun buat Malaysia.

Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara ini adalah pada Kejohanan Boling Tenpin Asia Ke-20 yang turut berlangsung di Hong Kong pada tahun 2008 lalu.

Featured Image: Bowling Malaysia

komen