Selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Piala AFF, ketua jurulatih, Alexandre ‘Mano’ Polking melaungkan skuad bola sepak kebangsaan Thailand sentiasa menjadi pasukan terbaik di asia tenggara (ASEAN).
Bagaimanapun, jurulatih Brazil-Jerman yang berusia 46 tahun ini tidak mahu skuad berjulukan Gajah Perang sekadar menjadi ‘raja’ di rantau ASEAN atau pentas Piala AFF.
Polking melihat Thailand perlu beraksi di pentas yang lebih tinggi dan menentang pasukan-pasukan dari benua asia yang lebih kuat.
Coach @manopolking 😘 🏆
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/CXVe2yVBi6
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) January 16, 2023
“Kejuaraan ini penting. Kami sentiasa menjadi pasukan nombor satu dan mahu pergi ke tahap lebih tinggi daripada asia tenggara,”
“Thailand perlu membuktikan diri di kejohanan yang lebih besar seperti Piala Asia, dimana adanya pasukan yang lebih kuat seperti Jepun, Korea Selatan atau Emiriah Arab Bersatu (UAE),”
“Kami perlu cuba dengan lebih gigih dan bertambah lebih baik,” katanya seperti dipetik daripada VnExpress International.
Untuk makluman, Thailand kendalian Polking berjaya mengesahkan gelaran juara Piala AFF edisi kali ini selepas menumpaskan Vietnam dengan agregat 3-2 pada perlawanan akhir.
Selain daripada meraih kejuaran berturut-turut, kejuaraan pada kali ini turut menjadikan Thailand meraih gelaran juara Piala AFF yang ketujuh sejak ianya dipertandingkan buat pertama kali pada tahun 1996.
Featured Image: Changsuek