Piala AFF: Theerathon Bawa Pulang $10,000 Hasil Rangkul Anugerah MVP
January 17, 2023 Hafizuddin Omar

Bek kiri skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan membawa pulang wang tunai berjumlah 10,000 Amerika Dolar atau melebihi RM43,000 selepas menamatkan kempen Piala AFF 2022.

Pemain yang bakal menjengah usia 33 tahun pada Mac kelak menerima wang tersebut hasil daripada meraih Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada kejohanan kali ini.

Berdasarkan statistik, Theerathon menjadi pilihan tepat untuk merangkul untuk anugerah ini dengan menerajui aspek bantuan gol (assist) dan peluang yang dicipta (chances created).

Kedua-dua aspek tersebut diterajui oleh pemain Buriram United itu dengan rekod 8 bantuan gol dan 30 peluang yang dicipta masing-masing.

Sebagai rekod, Theerathon menjadi pemain Thailand yang keempat meraih Anugerah MVP selepas Kiatisuk Senamuang (2000), Therdsak Chaiman (2002) dan Chanatip Songkrasin (2014, 2016 dan 2020).

Featured Image: Changsuek

Komen