Piala AFF: Teerasil, Tien Linh Cetak 6 Gol – Kongsi Anugerah Penjaring Terbanyak
January 17, 2023 Hafizuddin Omar

Penyerang Thailand dan Vietnam, Teerasil Dangda dan Nguyen Tien Linh terpaksa berkongsi Anugerah Penjaring Terbanyak Piala AFF 2022.

Anugerah itu menjadi milik pemain berusia 34 dan 25 tahun masing-masing selepas mengungguli carta penjaring terbanyak kejohanan dengan rekod enam gol masing-masing.

Hasil daripada meraih anugerah tersebut, Teerasil dan Tien Linh dapat membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai yang bernilai 5,000 Amerika Dolar atau bersamaan lebih RM20,000.

Teerasil menghasilkan enam gol tersebut ketika menentang Brunei (1 gol), Filipina (2 gol), Kemboja (2 gol) dan Malaysia (1 gol).

Manakala Tien Linh pula membutirkan enam jaringan terbabit ketika turun menghadapi Laos (1 gol), Malaysia (1 gol), Myanmar (1 gol), Indonesia (2 gol) dan Thailand (1 gol).

Sebagai rekod, ini merupakan kali kelima Teerasil merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak di pentas Piala AFF.

Bukan itu sahaja, Teerasil turut mendahului carta penjaring terbanyak sepanjang zaman di kejohanan Piala AFF dengan rekod 25 gol secara keseluruhan.

Featured Image: Changsuek

Komen