Kpah Sherman Harungi Musim Ketujuh Di Liga Malaysia Bersama Sri Pahang
January 17, 2023 Hafizuddin Omar

Kelibat penyerang Liberia, Kpah Sherman masih kekal dalam kancah Liga Malaysia 2023.

Selepas khidmatnya dilepaskan oleh Terengganu FC pada penghujung tahun lalu, pasukan seteru setempatnya, Sri Pahang FC tampil menyambar khidmat penyerang berusia 30 tahun ini.

Pasukan yang berjulukan Tok Gajah dan turut berpangkalan di pantai timur semenanjung itu mengesahkan mengikat khidmat Kpah setelah mengumumkannya secara rasmi di pelbagai platform media sosialnya, hari ini.

Kpah perkasa serangan Tok Gajah!”

“Sri Pahang berbesar hati memperkenalkan pemenang kasut emas Liga Super 2019, Kpah Sherman sebagai wajah baru di barisan serangan.” tulis kenyataan rasmi pihak kelab.

Penyertaan Kpah bersama Sri Pahang pada jendela perpindahan kali ini menjadikan kelibat penyerang skuad kebangsaan Liberia ini dalam saingan bola sepak tempatan memasuki musim ketujuh.

Untuk makluman, Kpah memulakan aksinya di Liga Malaysia dengan menyertai MIFA-MISC pada musim 2017 sebelum berhijrah ke PKNS FC (2019), Kedah (2020, 2021) dan Terengganu FC (2022).

Sebagai rekod, penglibatannya bersama empat pasukan di atas menyaksikan Kpah berhasil meledak sebanyak 72 gol di dalam kesemua kejohanan.

Featured Image: Terengganu FC

Komen