Artikel

SPOTV NOW Tawar Percubaan Percuma Selama 2 Minggu

Aplikasi penstriman sukan milik SPOTV iaitu SPOTV NOW menawarkan percubaan percuma yang membolehkan peminat sukan menonton siarang langsung serta konten premium selama dua minggu apabila mendaftar dari 16 hingga 29 Januari 2023.

Antara acara sukan yang dapat ditonton secara langsung ketika tempoh percubaan percuma itu adalah perlumbaan Formula E yang berlangsung Diriyah, Arab Saudi (27-28 Januari) dan Hyderabad, India (11 Februari) serta All Elite Wrestling (AEW). 

Siaran AEW dapat ditonton setiap hari Khamis, 6 petang (Dynamite) dan Sabtu, 6 petang (Rampage).

Selain siaran langsung acara sukan yang dinyatakan di atas, pelanggan juga dapat menyaksikan acara sukan secara on-demand dan kandungan eksklusif di SPOTV NOW di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Dimaklumkan, jika pelanggan mendaftar pada 29 Januari, percubaan percuma ini akan tamat pada 11 Februari.

Selepas tamat percubaan percuma, para pelanggan boleh memilih untuk melanggan akaun premium pada harga RM8.90 sebulan.

Aplikasi SPOTV NOW ini ditawarkan di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura menerusi muat turun di Google Play Store dan App Store.

Untuk makluman, SPOTV merupakan saluran televisyen No.1 di Korea Selatan yang kini bersiaran di serata asia tenggara dan asia timur yang menyiarkan acara sukan terkenal seperti MotoGP, Wimbledon, US Open (tenis), The Masters, The Open Championships (golf), World Table Tennis, Badminton World Federation Events serta sukan popular di asia termasuk Korean Baseball League (KBO) dan V.League Japan (bola tampar).

komen