Artikel

Piala Dunia Hoki: Speedy Tigers Muncul Naib Juara Pool C

Gelaran naib juara Pool C dalam kejohanan Piala Dunia Hoki Lelaki FIH 2023 sah menjadi milik Malaysia.

Skuad negara yang berjulukan Speedy Tigers menggenggam gelaran itu apabila berjaya menumpaskan New Zealand dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan terakhir Pool C yang berlangsung pada hari ini.

Perlawanan itu menyaksikan Malaysia bimbingan Arul Selvaraj mendahului 2-0 hasil jaringan Faizal Saari dan Muhammad Razie Abd Rahim selepas 43 minit permainan berlangsung di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar.

Bagaimanapun, New Zealand sempat membuatkan Malaysia terkedu seketika apabila mereka berhasil menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit menerusi Hayden Philips dan Sam Lane sekaligus menjadikan kedudukan seimbang 2-2 berbaki tujuh minit permainan.

Kedudukan 2-2 itu tidak kekal lama dengan Faizal Saari muncul wira apabila berjaya menambah satu lagi jaringan buat Malaysia pada minit ke-57 sebelum perlawanan tamat dengan kedudukan 3-2.

Kemenangan ini membolehkan Malaysia memungut tiga mata yang kedua di peringkat kumpulan sekaligus mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan dan menduduki tangga kedua dalam Pool C.

Kedudukan ini penting agar Malaysia yang mara ke peringkat โ€œcrossoverโ€ dapat bertemu dengan pasukan di tangga ketiga daripada Pool D untuk merebut kemaraan ke peringkat suku akhir.

Lawan bagi Malaysia dari Pool D itu akan diketahui pada malam nanti selepas tamat perlawanan antara Sepannyol menentang England dan India bertemu Wales.

Featured Image: Hockey Indiaย ย 

komen