Piala Asia Bola Sepak Pantai: Malaysia Sekumpulan UAE, Iran & Uzbekistan
January 19, 2023 Hafizuddin Omar

Majlis undian bagi saingan Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023 yang berlangsung di AFC House pada hari ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B.

Menyertai Malaysia dalam kumpulan tersebut adalah juara sebanyak dua kali masing-masing iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran.

Untuk pengetahuan semua, UAE merupakan juara pada edisi 2007 dan 2008 manakala Iran pula merangkul kejuaraan tersebut pada edisi 2013 dan 2017.

Sementara itu, Uzbekistan pula tampil melengkap Kumpulan B ini.

Bagi Kumpulan A, ianya diisi oleh tuan rumah, Thailand sambil ditemani oleh Bahrain, Afghanistan dan Arab Saudi.

Kumpulan C pula dihuni oleh juara bertahan, Jepun serta Lubnan, China dan Indonesia.

Akhir sekali, juara edisi 2015, Oman bersama-sama Palestin, Kuwait dan Kyrgyzstan pula mengisi Kumpulan D.

Sebagai tambahan, saingan Piala Asia Bola Sepak Pantai ke-10 anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ini akan berlangsung bermula 16 hingga 26 Mac di Pattaya, Thailand.

Komen