Artikel

Piala Dunia Hoki: Malaysia, Sepanyol Berentap Di Peringkat ‘Crossover’

Lawan bagi Malaysia di peringkat “crossover” dalam kejohanan Piala Dunia Hoki Lelaki FIH 2023 telah diketahui.

Sepanyol yang menghuni ranking kelapan dunia menjadi lawan bagi skuad kendalian Arul Selvaraj selepas mereka menamatkan saingan Pool D di tempat ketiga.

Sepanyol menghuni tempat berkenaan setelah tumpas dengan jaringan besar 0-4 kepada England dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, semalam.

Pertemuan antara Malaysia dan Sepanyol bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir dijadualkan berlangsung bermula jam 7 malam (waktu Malaysia) pada 22 Januari (Ahad) nanti.

Pemenang bagi perlawanan “crossover” ini akan bertemu juara daripada Pool A di peringkat suku akhir.

Juara bagi Pool A akan dapat diketahui pada petang nanti selepas berlangsungnya perlawanan melibatkan Australia menentang Afrika Selatan dan Argentia bertemu Perancis.

Selepas dua perlawanan berlangsung, Australia dan Argentina terikat 4 mata masing-masing namun Australia menggungguli Pool A hasil kelebihan daripada sudut perbezaan jaringan.

Featured Image: Hockey India

komen