Kejohanan pramusim, Piala Harapan yang akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang bermula 1 hingga 4 Februari kelak bakal disertai empat buah pasukan.
Empat pasukan itu terdiri daripada tiga buah pasukan daripada saingan Liga Super iaitu Penang FC, Kedah Darul Aman FC (Kedah) dan Selangor FC serta sebuah pasukan yang berpangkalan di negara seberang tambak, Geylang International FC.
Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 1 Februari yang menemukan Penang dan Geylang International dengan sepak mula pada jam 9 malam.
KDA FC BERAKSI DI KEJOHANAN PIALA HARAPAN 2023, 1-4 FEBRUARI 2023
Sang Kenari akan beraksi bagi merebut Piala Harapan yang melibatkan pasukan Penang FC, Selangor FC dan Geylang International FC.
Perlawanan akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan! pic.twitter.com/2jFgL6oQEc
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 25, 2023
Sementara itu, Kedah dan Selangor kendalian Nafuzi Zain dan Tan Cheng Hoe pula turun berentap pada hari berikutnya, 2 Februari di venue yang sama.
Pemenang daripada kedua-dua perlawanan akan layak ke perlawanan akhir manakala pasukan yang kalah akan bertemu dalam saingan tempat ketiga dan keempat.
Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat serta perlaawanan akhir akan berlangsung pada 4 Februari dengan sepak mula pada jam 5.45 petang dan 9 malam masing-masing.
Featured Image: Penang FC