Perseorangan No.2 lelaki tanah air, Ng Tze Yong berjaya mara ke Pusingan 16 dalam saingan Indonesia Masters 2023.
Kemaraan itu hasil daripada kemenangannya ke atas pemain senior Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus pada Pusingan 32, hari ini.
Dalam pertarungan itu, Tze Yong melakar kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-7 dan 21-14 dalam tempoh sekitar setengah permainan yang berlangsung di Gelanggang 2, Istora Gelora Bung Karno.
DAIHATSU Indonesia Masters 2023
MS – R32
21 21 🇲🇾NG Tze Yong🥇7 14 🇩🇰Hans-Kristian Solberg VITTINGHUS
🕚 in 36 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 25, 2023
Sementara itu, lawannya di Pusingan 16 kelak samada pemain Jepun yang menghuni ranking ketujuh dunia, Kodai Naraoka atau perseorangan India yang berada di ranking ke-12 dunia, Lakshya Sen.
Kedua-dua pemain ini akan berentap sesama sendiri sebentar lagi bagi merebut tempat ke Pusingan 16 bertemu Tze Yong.
Berdasarkan rekod pertemuan lalu, Tze Yong tidak pernah menumpaskan kedua-dua pemain ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa, setakat ini.
Tze Yong pernah bertemu Kodai sebanyak dua kali manakala Sen pula pernah dihadapinya sebanyak tiga kali.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia