Beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke Pusingan 16 saingan Indonesia Masters 2023 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.
Pasangan yang berada di ranking ketujuh dunia ini melangkah hasil menyingkirkan beregu No.1 Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje di Pusingan 32, petang tadi.
Dalam pertarungan itu, Soon Huat-Shevon melakar kemenangan ke atas pasangan No.14 dunia dengan bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-6 dan 23-21 dalam tempoh sekitar setengah jam bertempat di Gelanggang 3, Istora Gelora Bung Karno.
Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, Soon Huat-Shevon yang melangkah ke Pusingan 16 akan berentap menentang samada beregu Taiwan ranking ke-37 dunia, Chang Ko-Chi dan Lee Chih Chen atau beregu sepasang lagi Denmark yang berada di ranking ke-32 dunia, Mathias Thyrri dan Amalie Magelund.
Featured Image: Facebook Victor