Artikel

Piala MFL Nama Rasmi Bagi Saingan Liga Simpanan B23

Penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan saingan Liga Simpanan Bawah 23 Tahun (B23) yang akan dianjurkan buat julung kalinya bermula tahun ini akan dikenali sebagai Piala MFL.

Perkembangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam ketika bercakap dalam sesi Taklimat Media Kalendar Liga Malaysia 2023 di Wisma FAM pada hari ini.

Selain berkongsikan mengenai nama rasmi pertandingan terbabit, Stuart turut memaklumkan sebanyak 15 pasukan akan menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada 14 skuad B23 milik kelab Liga Super serta Skuad Projek FAM-MSN.

15 buah pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B yang terdiri daripada 8 dan 7 pasukan masing-masing.

Empat pasukan teratas setiap Kumpulan A dan B akan layak ke Pusingan 2 iaitu Liga Juara. 

Pusingan ini akan dimainkan secara “single round-robin” dan dua pasukan teratas Liga Juara akan ke perlawanan akhir untuk merebut trofi Piala MFL.

Featured Image: Malaysian Football League

komen