beIN SPORTS Siar Perlumbaan F1 Secara Eksklusif Di 10 Wilayah Asia – Termasuk Malaysia
January 26, 2023 Hafizuddin Omar

Saluran televisyen sukan, beIN SPORTS mendapat hak eksklusif untuk menayangkan perlumbaan Kejuaraan Dunia Formula1 (F1) untuk sepuluh wilayah di benua asia.

Hak eksklusif ini merangkumi kesemua perlumbaan Grand Prix (GP), Sprint Race, pusingan kelayakan dan sesi percubaan bermula musim 2023 hingga tamat musim 2025.

Saluran televisyen yang dimiliki oleh beIN Media Group ini akan mendapat hak untuk menyiarkan perlumbaan-perlumbaan F1 tersebut di Hong Kong, Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia, Timor-Leste, Filipina, Thailand, Laos dan Kemboja.

Liputan perlumbaan F1 ini akan dapat ditonton menerusi saluran beIN SPORTS di platform televisyen berbayar negara masing-masing termasuk aplikasi penstriman langsung, beIN Sports CONNECT.

Untuk makluman semua, perlumbaan F1 musim ini merangkumi 23 perlumbaan yang akan bermula di Bahrain (3-5 Mac) dan berakhir di Abu Dhabi (24-26 November).

Sumber: Media Outreach

Komen