Indonesia Masters: Pearly-Thinaah Teruskan Konsistensi Ke Pentas Separuh Akhir
January 27, 2023 Hafizuddin Omar

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil meneruskan rentak konsistensinya dengan melangkah ke peringkat separuh akhir buat dua kali berturut-turut dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF, pada tahun ini.

Rentak itu diteruskan dengan berjaya mengatasi beregu China yang menghuni ranking ke-93 dunia, Li Wen Mei dan Liu Xuan Xuan di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Pearly-Thinaah melakar kemenangan dengan bergaya secara “straight set” dengan skor  21-10 dan 21-12 dalam tempoh 37 minit permainan di Gelanggang 1, Istora Gelora Bung Karno.

Untuk rekod, ini merupakan pertemuan julung kalinya melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.

Sementara itu, di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada hari esok, Pearly-Thinaah akan menantikan cabaran samada daripada beregu India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa atau beregu Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen