Kogileswaran Sarung Jersi No.70 Bersama Chungbuk Cheongju
January 28, 2023 Hafizuddin Omar

Teka-teki mengenai nombor yang akan digunakan oleh pemain sayap skuad kebangsaan, Kogileswaran Raj bersama kelab baharunya, Chungbuk Cheongju akhirnya terjawab.

Pemain berusia 24 tahun tersebut akan tampil dalam saingan bola sepak Korea dengan jersi bernombor 70.

View this post on Instagram

A post shared by 충북청주FC (@chfc_2023)

Perkara berkenaan disahkan menerusi satu muat naik oleh laman sosial rasmi kelab berkenaan, pada hari ini.

Untuk makluman semua, Kogi menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam kancah bola sepak Korea dengan menandatangani kontrak selama setahun bersama Chungbuk Chrongju pada awal Januari lalu.

Komen