Selepas mengikat khidmat Noor Al-Rawabdeh dan Rauf Salifu, Selangor FC menandatangani seorang lagi pemain import pada jendela perpindahan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2023.
Pemain import ketiga yang ditandatangani skuad berjulukan Red Giants tersebut ialah Ayron Del Valle yang merupakan seorang penyerang kelahiran Colombia yang berusia 34 tahun.
Kehadiran Ayron diumumkan dan diperkenalkan secara rasmi dalam acara Hari Jersi Selangor & Pameran Stadium Shah Alam Baharu di SACC Mall pada hari ini.
🔴🟡 Ayron Del Valle #IsRED 🔴🟡
👋 Welcome to Selangor FC, @ayrondelvalle_7 🇨🇴
📄 Read Article 👉 https://t.co/Cuzt510SbL#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/H6kqR6X10w
— Selangor FC (@selangorfc) January 28, 2023
Untuk makluman semua, Ayron hadir dengan reputasi selaku penjaring terbanyak Liga Dimayor selama tiga musim berturut-turut ketika bersama Deportes Tolima (30 gol), Alianza Petrol (12 gol) dan CD America de Cali (11 gol) masing-masing.
Sebagai rekod, Ayron telah merekodkan 157 gol secara keseluruhan sepanjang kariernya. Gol-gol tersebut dicetak Ayron dalam kancah Liga Colombia, Liga Mexico, Piala Libertadores dan Conmebol Sudamericana.
Sejak memulakan karier profesionalnya pada usia 18 tahun, Ayron telah berjaya menjulang trofi sebanyak dua kali iaitu ketika memenangi saingan Liga Primera A dan Superliga pada musim 2017 dan 2018 masing-masing.
Featured Image: Selangor FC