Harga pas bermusim bagi pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC pada musim ini akan lebih mampu milik.
Ini berikutan pas bermusim itu hanya akan memfokuskan kepada kemasukan ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan melibatkan skuad berjulukan Red Giants sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon berkongsikan perkembangan berkenaan ketika bertemunya di acara Hari Jersi Selangor & Pameran Stadium Shah Alam Baharu di SACC Mall, Sabtu lalu.
“Season pass (pas bermusim) kita untuk makluman semua memang basic (asas), sebelum ini kita ada buat bersertakan baju dan sebagainya, (kali ini) season pass kita basic hanya untuk masuk ke stadium sahaja,”
“Kita rasakan (ini) strategi yang lebih baik dan affordable (mampu milik), sebab kita lihat season pass kelab-kelab lain agak mahal, kita lihat itu satu cabaran untuk penyokong membeli,”
“Tawaran kelab lain memang berbaloi, dia ada dapat banyak benda tapi harga masih agak mahal tapi dapat baju dan sebagainya,” katanya.
Jelas Dr. Johan lagi, pas bermusim mampu milik dengan memfokuskan kepada kemasukan ke dalam stadium sahaja dirasakan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
Dimaklumkan, pas bermusim itu akan diumumkan kepada para penyokong Red Giants dalam tempoh 2-3 minggu lagi.
Featured Image: Selangor FC