Melaka FC Umum Jurulatih Import, Skuad & Barisan Penaja 9 Februari
January 30, 2023 Hafizuddin Omar

Pendatang baharu Liga M3, Kelab Bola Sepak Melaka (Melaka FC) akan mengumumkan jurulatih import dan pemain-pemain dalam satu majlis yang akan diadakan pada 9 Februari kelak, lapor portal Melaka Hari Ini.

Selain itu, majlis tersebut akan turut memperkenalkan barisan penaja serta perincian mengenai mekanisme pembayaran gaji yang lebih sistematik mengikut kemampuan kelab.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad ketika sidang media selepas perlawanan akhir Governor Cup Melaka 2022.

Apa yang boleh saya katakan kita akan menggunakan khidmat jurulatih import dari Portugal sebagai pelan jangka panjang kita untuk kembali ke Liga Super. Tetapi nama sebenar jurulatih akan kita umum pada 9 Februari nanti.”

“Selain itu, kita juga akan memperkenalkan barisan pemain yang mana ada sebahagiannya merupakan pemain yang pernah beraksi di Liga Super sebelum ini,” katanya seperti dipetik daripada portal berkenaan.”

Antara perkara lain yang dikongsikan adalah penggunaan Stadium Hang Tuah sebagai home bagi Melaka FC sepanjang kempen musim ini serta sasaran muncul dua pasukan terbaik dalam saingan Liga M3 2023.

Difahamkan majlis tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Bandar Hilir pada tarikh berkenaan.

Featured Image: Persatuan Bola Sepak Melaka

Komen