Sabah FC Ikat Jailton Paraiba – Penyerang Sayap Brazil Tinggi 1.66 Meter
January 30, 2023 β€’ Hafizuddin Omar

Penyerang dan sayap kelahiran Brazil yang berusia 32 tahun, Jailton Paraiba menjadi pemain import terbaru yang diikat oleh pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC.

Penyertaan Jailton bersama skuad berjulukan Sang Badak itu diumumkan secara rasmi menerusi platform media sosialnya milik kelab, Sabtu lalu.

Di peringkat awal kariernya, pemain kelahiran Esperanca ini beraksi dalam kancah bola sepak di negara kelahirannya. Namun bermula tahun 2012, Jailton meninggalkan negaranya dan berhijrah ke benua asia.

Jailton berpengalaman luas dalam kancah bola sepak China dengan menyertai empat buah kelab di sana dari tahun 2012 hingga 2017 serta 2022 hingga 2023.

Selain itu, pemain berketinggian 1.66 meter (m) ini turut pernah beraksi di Jepun dan Turki.

Untuk makluman semua, ini merupakan pemain import terbaru keempat yang diikat Sabah pada jendela perpindahan kali ini selepas Jacob Njoku, Telmo Castanheira dan Gabriel Peres.

Featured Image: Tokyo Verdy

Komen