Formula 1: Audi Ambil Pegangan Minoriti Kumpulan Sauber
January 31, 2023 Hafizuddin Omar

Pasukan Formula 1 (F1) yang berpangkalan di Switzerland, Sauber mengumumkan Audi telah mengambil pegangan minoriti dalam kumpulannya pada Januari 2023.

Sauber yang kini berlumba dalam kancah F1 sebagai Alfa Romeo Racing mengumumkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.

Ini merupakan satu perkembangan penting ke arah penyertaan syarikat berpangkalan di Jerman itu dalam perlumbaan F1 bermula tahun 2026 kelak, dimana Sauber akan menjadi rakan strategiknya.

Pada tahun lalu, Audi mengesahkan menyertai arena F1 sebagai pengeluar enjin dimana peraturan enjin baharu akan dikuatkuasakan pada tahun 2026 – peningkatan penjanaan kuasa elektrik dan penggunaan 100% bahan api tanpa fosil.

Kemudiannya, ia disusuli dengan pengumuman oleh Audi mencapai persetujuan dengan Sauber untuk menjadi rakan strategiknya bermula tahun 2026 kelak.

Komen