Enam logo pertandingan dalam kancah Liga Malaysia musim ini tampil dengan wajah baharu.
Penganjur dan pengelola pertandingan bola sepak tanah, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pelancaran logo baharu bagi pertandingan-pertandingan dalam Liga Malaysia bermula musim 2023, pada hari ini.
Keenam-enam logo pertandingan di bawah kelolaan mereka yang terdiri daripada Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan Piala MFL dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosialnya.
“Logo yang dipaparkan untuk enam pertandingan ini sebagai usaha MFL untuk menyuntik nafas baharu kepada saingan Liga Malaysia.” tulis kenyataan MFL di laman sosialnya.
Difahamkan perubahan logo pertandingan-pertandingan ini juga selari dengan penstrukturan Liga Malaysia ini.