BAMTC 2023: Malaysia Sekumpulan Dengan India, Kazakhstan & Tuan Rumah
January 31, 2023 Hafizuddin Omar

Skuad Malaysia bakal berhadapan dengan India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023.

Hasil undian yang dijalankan oleh penganjur, Badminton Asia pada hari ini menyaksikan keempat-empat pasukan di atas diletakkan dalam Kumpulan B.

Sementara itu, Kumpulan A diisi oleh China, Korea, Singapura dan Uzbekistan. Manakala, kumpulan C pula dihuni oleh lima buah pasukan iaitu Indonesia, Thailand, Bahrain, Syria dan Lubnan.

Akhir sekali, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Pakistan pula diletakkan dalam Kumpulan D.

Untuk makluman semua, bagi mengharungi kejohanan ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertaruhkan skuad yang terdiri daripada campuran pemain di bawah naungannya serta pemain-pemain bebas (independent).

Ahli skuad Malaysia ialah Lee Zii Jia, Leong Jun Hao (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei, Wong Ling Ching (perseorangan wanita), Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi, Ong Yew Sin (beregu lelaki), Pearly Tan, Thinaah Muralitharan, Teoh Mei Xing, Go Pei Kee (beregu wanita), Tan Kian Meng, Lai Pei Jing, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei (beregu campuran). 

Sebagai tambahan, kejohanan ini akan membuka tirainya pada 14 Februari dan tamat pada 19 Februari. Ianya akan dilangsungkan di Dubai Exhibition Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen