PSM Buka Tender Naik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil
January 31, 2023 Hafizuddin Omar

Badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengumumkan membuka tender bagi menaik taraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kenyataan tender itu dimuat naik oleh PSM menerusi laman sesawang rasminya dan laman sosialnya, semalam.

Tender tersebut dipelawa kepada syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih  sah tempohnya dalam bidang berkaitan.

PSM dalam kenyataan terbabit menggalakkan lawatan tapak kepada petender yang ingin mengemukakan tender. Ia bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan lokasi tapak yang akan dihadapi.

Bagi yang berminat, dokumen tender sudah mula dijual dan boleh dibeli pada waktu pejabat di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dengan harga RM100.

Sementara itu tarikh tutup tender tersebut adalah pada jam 12 tengah hari, 20 Februari 2023.

Featured Image: Changsuek

Komen