Rakan Kolaborasi JDT – Sharjah FC Miliki 3 Bekas Bintang Kelab Eropah
February 2, 2023 Hafizuddin Omar

Rakan kolaborasi terbaru Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu bukanlah calang-calang pasukan yang beraksi dalam kancah bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Selain sedang mengejar rapat pendahulu UAE Pro League, Shabab Al-Ahli dengan hanya perbezaan satu mata selepas mengharungi 14 perlawanan, kelab berjulukan Al-Malik ini mempunyai tiga bekas bintang kelab bola sepak eropah dalam skuadnya.

Ketiga-tiga pemain tersebut adalah penyerang, Paco Alcacer (Sepanyol), pemain tengah, Miralem Pjanic (Bosnia-Herzegovina) dan pertahanan, Konstantinos Manolas (Greece).

Paco meninggalkan Villareal CF sebelum didatangkan Sharjah FC pada 18 Ogos. Manakala Pjanic yang tamat tempoh pinjamannya bersama Besiktas daripada Barcelona menyertai Sharjah FC pada 8 September.

Pada penghujung September, Sharjah FC menandatangani pula Kostas Manolas – pemain yang cukup terkenal beraksi bersama AS Roma sekitar tahun 2014 hingga 2019.

Sebagai rekod, JDT dan Sharjah FC bersetuju untuk berkolaborasi selepas DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkunjung ke kelab tersebut ketika latihan pramusim skuad Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai.

Hasil kolaborasi ini, Sharjah FC menawarkan JDT untuk menggunakan fasiliti mereka secara percuma.

Featured Image: Sharjah FC

Komen