Artikel

SPOTV Siar Semua Perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA 2022

Perebutan Piala Dunia Kelab FIFA 2022 dapat disaksikan oleh para peminat bola sepak tempatan melalui saluran SPOTV.

“SPOTV berbangga untuk mengumumkan bahawa bermula 2-12 Februari 2023 ini, saluran ini akan menyiarkan FIFA Club World Cup 2022,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Sebanyak tujuh pasukan berentap dalam kejohanan kali ini yang terdiri daripada Real Madrid (Sepanyol | UEFA), Al Ahly (Mesir | CAF), Auckland City FC (New Zealand | OFC), Wydad AC (Maghribi | Hos), Seattle Saounders FC (Amerika Syarikat | CONCACAF), Flamengo (Brazil | CONMEBOL) dan  Al Hilal (Arab Saudi | AFC). 

Untuk makluman semua, ianya dilangsungkan di Maghribi pada tahun ini.

Dimaklumkan, kesemua tujuh perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran SPOTV serta aplikasi penstriman miliknya, SPOTV NOW.

Sebagai tambahan, peminat bola sepak di Malaysia boleh mengakses saluran SPOTV melalui Astro dan Unifi TV.

komen