Ford Kembali Sertai F1 Atas Faktor Populariti Kian Meningkat Di Amerika Syarikat
February 4, 2023 Hafizuddin Omar

Gergasi automotif Amerika Syarikat, Ford telah mengesahkan hasrat mereka untuk kembali dalam saingan Kejuaraan Dunia Formula 1 (F1) bermula musim 2026 kelak – musim dimana saingan F1 akan menggunakan ketetapan enjin baharu.

Bukan itu sahaja, Ford turut mendedahkan kerjasama dengan pasukan Red Bull sebagai rakan teknikalnya bermula saingan musim tersebut.

Difahamkan, salah satu sebab utama Ford membuat keputusan untuk kembali berlumba dalam saingan F1 adalah peningkatan penonton dalam pasaran utama di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat.

Tambahan pula, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan F1 memberikan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dengan meningkatkan penggunaan enjin elektrik serta minyak yang lestari.

Untuk makluman semua, Ford pernah mendominasi perlumbaan F1 pada penghujung 1960-an sehingga 1970-an.

Musim 2004 menjadi musim terakhir Ford mengambil bahagian dalam perlumbaan F1 sebelum mengumumkan menarik diri.

Walaupun sudah meninggalkan perlumbaan F1 menghampiri dua dekad, Ford masih kekal sebagai pengeluar enjin ketiga paling berjaya dalam sejarah F1 dengan merangkul kejuaraaan kategori pengeluar (constructor) sebanyak 10 kali dan kejuaraan kategori pemandu (driver) sebanyak 13 kali.

Featured Image: Ford Performance

Komen