Artikel

Cabaran Antarabangsa Iran: Gandingan Mei Xing-Pei Kee Lakar Kemaraan Sulung Ke Pentas Akhir

Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee yang mula bergandingan sejak awal Disember lalu berhasil melakar kemaraan sulung ke pentas akhir di kejohanan antarabangsa.

Pemain berusia 25 dan 20 tahun masing-masing ini melakar kemaraan tersebut di kejohanan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr pada edisi kali ini.

Ianya hasil menumpaskan beregu Brazil, Sania Lima dan Juliana Viana Viera di peringkat separuh akhir secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-10 dalam tempoh masa 21 minit permainan.

Kemenangan itu sekaligus menemukan mereka dengan pasangan Indonesia yang menghuni ranking ke-145 dunia, Jesita Putri dan Febi Setianingrum pada perlawanan akhir.

Untuk makluman, Jesita-Febi melangkah ke perlawanan akhir dengan mengejutkan beregu senegaranya merangkap pilihan keempat kejohanan, Ridya Aulia dan Kelly Larissa secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-11.

Sekiranya Mei Xing-Pei Kee berhasil meraih kemenangan dalam perlawanan akhir yang dijadualkan pada hari esok, pasangan negara yang menghuni ranking ke-109 dunia ini akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$1200 (±RM5,100) serta pungutan 4,000 mata.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen