Skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City) kini mempunyai pemegang saham baharu.
Entiti baharu yang menjadi pemegang saham terbaru kelab bimbingan Bojan Hodak terbabit ialah Rinani merangkap sebuah firma konsultan kewangan yang bertapak di Petaling Jaya.
Pengumuman itu hadir selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Tuan Khalid Abdul Samad dan pengasas Rinani, En. Noor Azri Bin Dato’ Sri Noor Azerai menandatangani dokumen dalam satu majlis semasa rehat separuh masa perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan, semalam.
Bertambah menarik, detik menandatangani dokumen antara kedua-dua pihak yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras tersebut turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard.
Untuk pengetahuan semua, Rinani menawarkan servis dalam enam perkara iaitu takaful/insurans, pembiayaan runcit, gaya hidup komuniti, pengurusan aset, manfaat pekerja/kelompok dan program penjagaan kesihatan.
Rinani meletakkan visi selangkah ke arah menjadi pusat sehenti butik kewangan islamik pilihan negara.
Featured Image: Kuala Lumpur City