Gelanggang rasmi atau “home” kepada Real Chukai FC, Stadium Mak Chili menjadi pilihan bekas pemain-pemain bola sepak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun untuk menjayakan “Reunion Match” selepas 19 tahun.
Untuk makluman, gelanggang berlokasi di Chukai, Kemaman yang menggunakan rumput tiruan serta mempunyai lampu limpah bagi perlawanan pada waktu malam tersebut dibuka untuk tempahan kepada orang ramai bermain.
Wakil kepada kumpulan bekas pemain yang membawa nama Seniman Bola Sepak Politeknik Dungun berkongsikan pemilihan gelanggang itu juga turut didorong faktor lokasi yang strategik memudahkan kehadiran kalangan rakan-rakan dari pantai barat selain kadar sewaan yang berpatutan, mempunyai bilik persalinan, surau dan cafe.
Pertemuan dan perlawanan yang dibarisi rata-rata pemain berusia lewat 30-an yang terdiri daripada kalangan bekas pelajar yang mengikuti pengajian di PSMZA seawal Batch 2004 sememangnya mengimbau nostalgia usia muda remaja yang cukup aktif dalam aktiviti bola sepak.
Perlawanan pada malam itu menemukan mereka dengan pasukan Lejen Kemaman 198X dengan kemenangan berpihak kepada Seniman Bola Sepak Dungun dengan keputusan 7-3.
“Reunion Match” ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pensyarah dan bekas jurulatih mereka, En. Mohd Fadhli Musa serta jamuan makan malam di restoran berdekatan.
Difahamkan, “Reunion Match” ini turut berada dalam pengetahuan Pengarah PSMZA Sr. Tn. Hj. Fikri Ismail serta barisan pensyarah-pensyarah lain yang turut menyatakan sokongan terhadap berlangsungnya program ini.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!