Stadium Mak Chili akan kekal menjadi gelanggang rasmi atau “home” bagi Real Chukai FC sehingga tahun 2026.
Ini selepas skuad berjulukan The Anchor itu telah memperoleh lanjutan pajakan Stadium Mak Chili selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama enam tahun.
Difahamkan, lanjutan itu hadir selepas pajakan semasa Stadium Mak Chili oleh Real Chukai tamat pada Januari lalu.
Bagaimanapun, Real Chukai dan pemilik Stadium Mak Chili, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah pun memuktamadkan perbincangan mereka untuk menandatangani perjanjian baharu.
Pada masa yang sama, Real Chukai merancang pelan pembangunan untuk pengubasuaian Stadium Mak Chili dengan anggaran sebanyak RM4 juta.
Pelan perancangan ini merangkumi menambah tempat duduk dihadapan grandstand sedia ada serta tambahan padang bola sepak bersaiz kecil yang sesuai untuk permainan bola sepak sembilan sebelah.