Peminat hoki tempatan akan dapat menyaksikan 30 perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 secara langsung menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM serta secara penstriman langsung melalui platform RTM Klik.
Perkembangan ini hadir setelah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjalin kerjasama dengan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sekaligus diangkat menjadi Rakan Penyiar Rasmi bagi kejohanan hoki tempatan seperti MHL, Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL).
“Matlamat utama jalinan kolaborasi KHM-RTM dibentuk adalah untuk memainkan peranan RTM dalam menjalankan tanggungjawab sosial, selaku stesen milik kerajaan untuk memberi siaran secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.”
KHM dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan rakan Penyiaran Rasmi bagi Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia 2023
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM Dato’ Sri Dr Anil Sandhu pada sidang media tadi pic.twitter.com/XnLEfBt2qk
— MHC (@hockeymalaysia) February 8, 2023
“Kerjasama di antara KHM dan RTM akan memberi manfaat kepada pembangunan sukan hoki di Malaysia juga peminat sukan hoki tanah air,” demikian makluman pihak RTM menerusi satu kenyataan rasmi.
Untuk makluman, dua perlawanan pertama yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM pada musim ini adalah melibatkan Perlawanan Sumbangsih bagi kategori wanita dan lelaki.
Perlawanan bagi kategori wanita menemukan KPT Uniten dan Negeri Sembilan bermula jam 6 petang. Manakala, kategori lelaki pula menemukan antara TNB dan Terengganu Hockey Team bermula jam 8.30 malam.
Sebagai tambahan, siangan MFL musim ini bermula dari 9 Februari dan menutup tirainya pada 19 Mac.