Sang Kijang Hijau Pertaruh Lima Pemain Import Sahaja Harungi Liga Malaysia 2023
February 10, 2023 Hafizuddin Omar

Kelantan United FC atau nama timangannya, Sang Kijang Hijau bakal mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 dengan kekuatan lima pemain import sahaja.

Kelab berpangkalan di pantai timur bimbingan Tomas Trucha mengesahkan keputusan berkenaan biarpun penganjur, Malaysian Football League (MFL) membenarkan pendaftaran pemain import seramai sembilan orang bermula musim ini.

Pengumuman berkenaan hadir menerusi satu kenyataan di pelbagai platform laman sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Kelantan Darul Naim FC (@kelantan_unitedfc)

Pemain import terakhir ditandatangani Kijang Hijau ialah Devid De Santana Silva yang merupakan penyerang berusia 26 tahun kelahiran Brazil.

Sebelum itu, Kelantan United mengambil khidmat pemain sayap kiri usia 28 tahun dan kelahiran Amerika Syarikat yang memiliki kerakyatan Filipina, Jose Elmer Porteria.

Manakala baki tiga lagi pemain import ialah penyerang Ernist Batyrkanov (24 tahun, Kyrgyzstan), pertahanan Yan Victor (27 tahun, Brazil) dan pemain tengah bertahan Morgaro Gomis (37 tahun, Senegal).

Untuk makluman semua, ini merupakan julung kalinya Kelantan United beraksi di kancah tertinggi bola sepak tanah air, Liga Super sejak ditubuhkan pada tahun 2016.

Featured Image: Kelantan United FC

Komen