Stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal mewujudkan sebuah lagi saluran sukan yang mengkhususkan kepada kandungan sukan tempatan.
Perkara tersebut diungkapkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan Jabatan Penyiaran telah diminta untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya terutamanya membabitkan isu kandungan dan kos pelaksanaan.
Difahamkan ianya akan diwujudkan menjelang suku kedua tahun ini.
12 Februari – Ke arah itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Jabatan Penyiaran telah diminta untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya. https://t.co/EAUMof4MR0
Wartawan : Dian Fatiha Maknoh@fahmi_fadzil
@KP_Penyiaran
@kkd_gov #RTM #BeritaRTM pic.twitter.com/EyinS2sO39— Berita RTM (@beritartm) February 12, 2023
“Ia ada penyelarasan kerana kini sebagai contoh, kebanyakan acara Liga Bolasepak Malaysia (MFL) disiarkan di TV2 dan TV1, jadi dengan usaha ini, kedua-dua siaran itu akan dapat diisi dengan program tambahan yang lain.”
“Saya mahu kalau boleh ada saluran yang khusus di ‘free to air’,” katanya seperti dipetik daripada perkongsian akaun Instagram Berita RTM.
Tambah Fahmi yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, usaha ini merupakan satu cara kementerian memberi sokongan kepada atlet dan peminat sukan tanah air.
Untuk makluman semua, RTM sudah memiliki saluran Sukan RTM yang boleh ditonton di myFreeview menerusi saluran 111 dalam format definisi tinggi (HD). Selain itu, ianya turut sama boleh ditonton di aplikasi dan laman sesawang RTM Klik.
Featured Image: Facebook Fahmi Fadzil